Wednesday, May 6, 2009

LATIHAN LSD

Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan sistem tenaga aerobik kerana ia dapat merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan myoglobin yang membawa oksigen ke otot-otot serta meningkatkan aktiviti enzim yang terlibat dalam metabolisme asid lemak. (Asrand & Rodahl, 1977).

Perubahan fisiologi ini memberi kesan ke atas sistem kardio respiratori dan seterusnya dapat meningkatkan sistem tenaga aerobik. LSD ini juga sangat sesuai dijalankan untuk atlit supaya ia tidak mendatangkan kebosanan kepada mereka. Jarak ideal disyorkan ialah 10km hingga 15km. (Fox, Methews, 1981) Atlit tidak dikehendaki berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan semasa larian ini, tetapi mereka dikehendaki menamatkan larian dalam jarak yang telah ditetapkan

Objektif
Membina sistem aerobik ataupun keberkesanan sistem kardio respiratori
Membina dayatahan kardiovaskular dan dayatahan otot kaki
Dapat menamatkan larian dalam jarak yang ditentukan tanpa mengira faktor kemenangan
Dapat menikmati keindahan alam semula jadi
Prinsip latihan
Menentukan intensiti jeda kerja
Memberi masa rehat dan masa pemulihan yang lebih pendek, termasuk jenis aktiviti ketika dalam pemulihan
Meningkatkan kekerapan (bilangan) latihan dalam seminggu.

No comments:

Post a Comment