Pengunaan Mental Dan Strategi Mekanikal Dalam Pengajaran Berasaskan Pengajaran Dan kejurulatihan
Pengunaan Mental Dan Strategi Mekanikal Dalam Pengajaran Berasaskan Pengajaran Dan kejurulatihan
Penekanan kepada pengunaan teknik-teknik kejurulatihan dan pengajaran yang sangat berguna untuk guru-guru dan jurulatih dalam bidang sukan. Teknik pengajaran dengan cara bayangan sewaktu permainan atau acara berlangsung.
Imagery [ gambaran ]
Pengunaan simulasi dalam aktiviti difikiran. Contoh yang paling senang difahami ialah cara menhayunkan kayu golf. Dengan cara ini pemain perlu membayangkan bagaimana bola golf itu akan naik dan jatuh, melalui cara ini pemain dapat membayangkan imeg cara dan teknik yang harus dilakukan.
Contoh kedua pula, bagaimana cara ini di gunakan oleh seorang pemain professional bola sepak untuk menyepak bola untuk tendangan penjuru. Pemain berkenaan perlu memwujudkan satu simulasi semerta untuk membayangkan macamana sepakan yang harus dilakukan supaya bola yang disepak boleh sampai kepada rakan sekumpulan yang dituju.
Goal setting [ ketetapan kejayaan ]
Teknik smart digunakan untuk mendapat hasil yang sewajarnya, ternik ini amat sesuai digunakan kerana merangkumi 5 langkah yang harus di turuti bagi mencapai hasil.
S M A R T
1. S – specific [ Fokus kepada sesuatu ]
2. M – measurereable tools [ keyakinan,boleh diukur]
3. A – adjustable [ pelarasan]
4. R – realistic [ kebenaran, logic ]
5. T – time setting [ masa ketetapan, penanda aras ]
Relextion [ rehat ]
Rehat merupakan keperluan utama bila seseorang pemain merasakan dirinya penat atau lesu, dalam kajian ini satu teknik yang boleh digunakan oleh seseorang pemain ialah mengambil sedikit masa rehat sewaktu permainan sedang berlansung. Rehat seketika mampu memerangi kelesuan otot. Dalam kajian ini mendapati rehat 2 minit mampu mengembalikan tenaga dan kekuatan otot setelah penat bersukan. Seorang pemain yang bijak akan mengunakan teknik ini untuk persembahan terbaik.
Self talk [bercakap dengan diri sendiri]
Kajian dari pelbagai sumber mendapati sikap,motivasi dalaman seseorang individu amat penting memainkan peranan mengawal emosi, contohnya sewaktu latihan atau perlawanan seorang pemain merasakan dirinya tertekan, bila pemain berkenaan bercakap dengan dirinya seperti AKU BOLEH, AKU MAMPU. Dengan cara ini emosi dan psikologi mekanikal menjadi positif. Kejayaan yang kecil pun sudah mampu membina keyakinan diri dan kumpulan untuk kejayaan yang lebih besar.
Kesimpulan
Kesimpulannya, penekanan terhadap cara latihan dan pengajaran dalam pendidikan jasmani memerlukan teknik dan motivasi yang tinggi berkaitan dengan isu-isu keseluruhan dalam kesukanan. Penekanan aspek mental dan kesihatan fizikal amatlah dititik beratkan. Kesemua aspek ini penting untuk mecapai target dan kejayaan yang positif khususnya dalam aktiviti fizikal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment