Wednesday, May 6, 2009
JANTUNG
Jantung merupakan organ yang terpenting dalam badan kita.
- Jantung mengepam darah ke seluruh badan.
- Jantung merupakan organ yang sangat penting.
- Kedudukannya adalah di antara bahagian hadapan spina (tulang belakang) dan di belakang tulang dada (sternum),
saiznya sebesar genggaman tertutup (penumbuk).
- Ia merupakan organ yang berotot dan otot-otot ini dikenali sebagai Miokardium.
- Darah merupakan pembawa oksigen dan zat makanan (nutrien) yang diperlukan untuk tenaga dan tumbesaran tubuh.
- Darah juga membawa sisa buangan dan gas keluar dan dibuang melalui organ ginjal atau buah pinggang dan paru-paru.
- Fungsi utama jantung adalah untuk mengepam darah ke seluruh badan.
- Dengan keupayaannya mengepam sekitar 5 liter seminit, jantung kita akan memastikan agar darah sentiasa mengalir secara berterusan ke seluruh bahagian badan.
- Ketika rehat, jantung berdegup sebanyak 60 hingga 90 kali seminit dan lebih dari 100,000 kali dalam sehari.
- Bagi kanak-kanak, jantung mereka terpaksa berkerja lebih kuat dari orang dewasa iaitu di antara 100 hingga 120 degupan seminit.
- Untuk sepanjang hayat kita, jantung akan berdegup lebih dari dua setengah bilion kali.
- Ketika seseorang itu melakukan senaman, ketika teruja atau terangsang atau demam, kadar degupan jantung akan meningkat secara mendadak.
- Kita tidak perlu merasa risau dalam hal ini kerana ini adalah perubahan fisiologi yang normal untuk membolehkan kita terus hidup.
- Jantung mempunyai bahagian-bahagian yang unik tetapi mudah.
- Terdapat dinding yang memisahkan bahagian sebelah kanan dengan bahagian kiri jantung.
- Setiap satunya mempunyai ruang pengumut yang dikenali sebagai atrium.
- Kedudukan atrium menghala ke arah ruang pengepam yang lebih besar yang dikenali sebagai ventrikel.
- Secara keseluruhannya, terdapat 4 ruang di dalam jantung, iaitu:
1. Atrium kiri
2. Ventrikel kiri
3. Atrium kanan
4. Ventrikel kanan
- Dinding ventrikel sebelah kiri adalah lebih besar dan tebal kerana ia perlu mengepam untuk jarak yang lebih jauh serta merentasi tekanan yang lebih banyak.
- Bahagian di sebelah kanan pula akan memungut balik darah yang telah digunakan (tanpa oksigen) dari seluruh badan dan mengepamkannya semula ke paru-paru untuk mendapatkan bekalan oksigen.
- Seterusnya, darah yang telah mengandungi oksigen itu akan mengalir semula ke bahagian kiri jantung, yang kemudiannya akan dipamkan pula keseluruh bahagian badan.
- Bagi memastikan darah mengalir menghala ke arah yang betul, terdapatnya satu set injap yang akan mengawal di setiap 4 pintu ruang tersebut.
- Darah yang telah mengalir tidak akan dapat berpatah balik melainkan berlakunya kecacatan pada injap tersebut.
- Tubuh kita mempunyai rangkaian saluran darah yang dikenali sebagai arteri dan vena yang berfungsi seakan-akan lebuhraya dan jalan-jalan susur yang kecil bagi membolehkan darah mengalir dengan bebas.
- Darah yang dipamkan oleh jantung akan mengalir melalui rangkaian saluran ini. Kedua-dua jantung dan saluran darah inilah yang digelar sebagai sistem peredaran darah, ini kerana kedua-duanya mengalirkan darah keluar masuk jantung.
- Arteri akan membawa darah keluar dari jantung manakala vena pula akan membawa darah seluruh bahagian badan masuk semula ke dalam jantung.
- Cabang cabang arteri yang kecil akan berpecah kepada saluran darah kecil yang dikenali sebagai arteriol.
- Arteriol ini akan berpecah lagi kepada saluran yang lebih halus yang dikenali sebagai kapilari.
- Kapilari-kapilari ini begitu halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
- Oksigen dan nutrien dari kapilari akan diedarkan ke dalam tisu-tisu badan.
- Proses ini akan membekalkan setiap sel dalam badan dengan oksigen dan nutrien bagi membolehkan kita berfungsi dan meneruskan kehidupan.
- Arteri yang terbesar sekali dalam badan dikenali sebagai aorta. Ia bercabang keluar dari jantung dan kemudiannya berpecah kepada arteri-arteri yang lebih kecil.
- Ia merupakan saluran untuk darah dihantar ke bahagian kepala, tangan, kaki dan organ-organ dalaman yang lain.
- Vena akan membawa darah yang telah kehabisan oksigen itu semula ke dalam paru-paru bagi menyerap lebih banyak oksigen, dan kemudian menghantarkannya kembali ke jantung.
- Cabang aorta yang pertama ialah arteri koronari.
- Kedudukannya menghala ke arah permukaan jantung untuk membekalkan otot-otot jantung itu dengan darahnya yang tersendiri.
- Jantung tidak menerima nutrien dari darah yang ada dalam ruang rongganya.
- Jantung kita, seperti juga otot-otot yang lain, memerlukan bekalan oksigennya sendiri bagi membolehkannya berfungsi secara teratur.
- Apabila jantung mengepam darah keluar masuk, ia akan menghasilkan degupan jantung.
- Sebenarnya terdapat dua bahagian bagi setiap degupan.
- Bahagian yang pertama, yang dikenali sebagai sistol, merupakan kesan dari jantung ketika mengepam.
- Bahagian yang kedua pula dikenali sebagai diastol. Ianya berlaku ketika jantung berehat dan ruang rongga tersebut diisi semula dengan darah.
- Setiap kali jantung berdegup, maka terdapat arus denyutan darah yang melalui arteri-arteri.
- Kita akan dapat merasakan denyutan darah itu dengan meletakkan dua jari ke atas arteri yang terdapat di pergelangan tangan (arteri radial) atau di bahagian leher (arteri carotid).
- Kadar denyutan nadi ini akan memberitahu tentang berapa cepat jantung kita berdegup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thank you teacher..
ReplyDelete